fb fb fb fb fb

'E-waste' ancam kesihatan manusia dan alam sekitar

Masyarakat di Negeri Sembilan digalakkan untuk mengasingkan sisa buangan elektronik

SEREMBAN, 28 Jun- Masyarakat di Negeri Sembilan digalakkan untuk mengasingkan sisa buangan elektronik atau e-waste kerana ia mengandungi  bahan kimia  berbahaya  yang  boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan, berkata E-waste  kini  dijadikan  sumber  bahan mentah  untuk  industri  kitar  semula  bagi mendapatkan bahan-bahan logam yang bernilai untuk kegunaan lain. 

Sisa buangan elektronik dikategorikan sebagai buangan terjadual dan disenaraikan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)  2005,  Akta  Kualiti  Alam Sekeliling  1974  dan diberikan  kod  sebagai SW110.   

"Di Negeri Sembilan kita galakkan rakyat untuk memisahkan sampah domestik dengan sisa elektronik, sebab sisa elektronik ini perlu diasingkan supaya kita boleh hantar ke tempat pengumpulan e-waste dan juga kitar semula e-waste supaya e-waste ini dapat diurus dengan baik dan sistematik", katanya selepas diwawancara menerusi Segmen Tamu Kito NEGERIfm di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. 

Tambahnya, konsep 3R (reuse, reduce, recycle) telah diterapkan dalam usaha untuk mengelakkan e-waste terus dilupus dan mencemarkan alam.

ROSLINA BINTI DIN