fb fb fb fb fb

E-sukan, carian bakat baharu seawal sekolah rendah

Usaha tersebut bagi melahirkan dan menggilap lebih ramai bakat baharu untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR, 27 November - Usaha mempromosi E-sukan di peringkat akar umbi khususnya kepada pelajar sekolah akan dipergiat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata usaha tersebut bagi melahirkan dan menggilap lebih ramai bakat baharu untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Beliau berlata, kementeriannya menerusi mesyuarat jawatankuasa kabinet bagi pembangunan sukan sedang berusaha untuk memastikan sukan-sukan baharu yang lebih segar diperkenalkan di peringkat awal.

"Oleh itu pembangunan peringkat akar umbi itu penting dan kita amat mengharapkan kerjasama yang baik dari pihak sekolah terutama sekali menerusi Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

"Tapi sudah tentu perjalanan masih jauh cuma kita sudah pun memulakan perbincangan tersebut dan diterima baik dan kita memastikan bahawa E-sukan ini diterima sebagai salah satu sukan yang diterima di peringkat sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Pasukan E-Sukan Profesional Malaysia ke Kejuaraan Dunia M5 Mobile Legend: Bang Bang di bangunan Parlimen, di sini.

Tambah Adam, usaha itu bakal digerakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama pemain-pemain industri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN