fb fb fb fb fb

Dungun buka dua PPS lagi

Penduduk terjejas banjir berada di PPS

DUNGUN, 28 Januari- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka di Dungun menjadikan jumlah keseluruhan 14 PPS di Terengganu setakat pukul 6.00 pagi.

Balai Raya Kampung Pinang Baru dan Dewan Masjid Serdang dibuka tengah malam tadi selepas hujan masih berlaku di beberapa kawasan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri dalam kenyataan memaklumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir meningkat kepada 1,378 orang terdiri daripada 400 Kkeluarga.

Ketika ini tiga PPS merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir paling tinggi ialah Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Masjid Jamek Kampung Jongok Batu dengan 258 orang manakala Dewan Serbaguna Kampung Shukor 226 orang.

Bagaimanapun keseluruhan kawasan ketika ini masih hujan renyai di beberapa kawasan.

Sementara itu pasangan suami isteri Siti Nor Katini Mohd Zobi 41 tahun, Mohd Faizal 40 tahun serta dua anak mereka Nor Qamarina, 11, dan Mohd Aliff Rifqi, 7, dipindahkan ke PPS Masjid Serdang Dungun oleh pihak polis malam tadi.

Nor Katini bersyukur berada di PPS kerana dapat urusan harian termasuk sesi persekolahan anak- anak yang bersekolah di SK Serdang hari ini.

Pasangan itu tinggal di Kampung Keliyu Serdang berkata, jalan utama ke kediaman mereka ditenggelami banjir sejauh empat kilometer.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI