fb fb fb fb fb

DUN Pahang luluskan pelantikan lima ADUN baharu

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin /Foto RTM

KUANTAN, 13 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, meluluskan perlantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya.

Lima ADUN tersebut adalah Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri, Datuk Wong Tat Chee, Haris Salleh Hamzah, Mohd Fadzli Mohd Ramly, dan Rizal Jamin.

Menurut Yang di -Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, lantikan lima ADUN ini telah mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan.

"Mereka ada hak untuk mengundi dan berbahas kerana kita telah meluluskan Rang Undang-undang dalam enakmen pada tahun 2020 yang lalu. Kita telah lama luluskan Lantikan mereka akan membantu Kerajaan Negeri dan mereka akan berkhidmat sehingga penghujung penggal ini,” katanya demikian dalam sidang media selepas sesi Ucapan Penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Kesemua adun lantikan berkenaan dijangka mengangkat sumpah pada Ogos depan.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengusulkan pindaan terhadap Perkara 18 Bahagian Kedua undang-undang itu dibuat bagi membolehkan lantikan lima ADUN daripada golongan berkaliber, bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD