fb fb fb fb fb

Dua warga Indonesia maut dihempap kaca dalam kontena

Foto RTM

BINTULU, 3 Januari-Dua warga Indonesia maut, seorang lagi rakan senegara cedera dihempap kepingan kaca dalam satu kejadian di sebuah kilang di sini, pada Khamis.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.29 pagi.

Enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menggunakan beberapa peralatan termasuk cangkul, tukul dan jengkaut untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Asroy dan Aris Munandar disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Operasi tamat kira-kira pukul 1:00 tengah hari.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD