fb fb fb fb fb

Dua warga emas maut dalam kemalangan di Batu Pahat

Foto- JBPM Johor

BATU PAHAT, 12 September - Dua lelaki warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Persimpangan Jalan Desa Jaya, Batu 5, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori terbabit membelok ke simpang kiri sebelum dilanggar kereta mangsa.

Impak perlanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terperosok ke bawah lori. Kedua-dua mangsa, iaitu pemandu berusia 60 tahun dan penumpang berusia 63 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN