KOTA TINGGI, 22 Oktober- Seorang lelaki dan seorang pelajar sekolah maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau–Sedili, Kota Tinggi, pada kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Penguasa Polis (SP) Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan terbabas sendiri sebelum melanggar pokok kelapa sawit di tepi jalan.
Mangsa, Muhamad Daniel Saberi, 21 tahun, dan Aiza Nur Elsyha Sabri, 17 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah serta kesan terbakar pada seluruh anggota badan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987