fb fb fb fb fb

Dua sungai di Kelantan paras bahaya

Dua sungai di Kelantan mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya di Gua Musang dan Jeli/FOTO BERNAMA

KOTA BHARU, 24 Disember - Dua sungai di Kelantan mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya di Gua Musang dan Jeli setakat 9 pagi tadi.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Aring di Jalan Felda Aring, Gua Musang mencatatkan bacaan 80.31 meter (m) melebihi paras bahaya 72m selepas hujan berterusan sejak semalam.

Manakala Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli merekodkan bacaan 29.68m melebihi paras bahaya 29.5m.

Sementara itu, Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah, Jeli merekodkan bacaan 55.65m dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.42m) masing-masing melepasi paras amaran.

Tujuh sungai yang lain turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Antaranya membabitkan Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang (69.89), Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan, Kuala Krai (33.71m), Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (36.17m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.21m), Empangan Bukit Kwong di Pasir Mas (17.24m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.18m) dan Jambatan Melor di Bachok (7.84m).

GRACE AISYAH KEDAYAN