fb fb fb fb fb

Dua projek berimpak tinggi bakal beri manfaat kepada penduduk parlimen Kimanis

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Projek Naiktaraf Jalanraya Bukit Manggis
dan Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan sempena program Gelombang Biru Barisan Nasional
(BN) Zon 3 di Kimanis Commercial Center hari ini/ Foto BERNAMA)

KIMANIS, 23 Oktober - Sejumlah RM131 juta diperuntukkan untuk membina dua projek berimpak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada puluhan ribu penduduk di kawasan parlimen Kimanis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dua projek itu adalah Projek Naik Taraf Jalan Bukit Manggis dan Projek Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan.

Beliau berkata kedua-dua projek itu bakal menamatkan penantian penduduk di kawasan itu untuk menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik, selain membantu menangani masalah kepadatan jemaah menunaikan ibadah di masjid sedia ada di pekan tersebut.

"Masjid kita luluskan berjumlah RM4 juta, jalan yang dipohon oleh Mo (Datuk Mohamad Alamin) 20 kilometer RM127 juta, Insya-Allah kalau kita memerintah semula, pasti jalan untuk Kimanis ini akan diluluskan," kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 dan Gimik Pelancaran Projek Naik Taraf Jalan Bukit Manggis dan Projek Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan, di sini hari ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada program Gelombang
Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 di Kimanis Commercial Center hari ini/ Foto BERNAMA)

Pelancaran Gelombang Biru Barisan Nasional Zon 3 melibatkan Parlimen Kimanis, Sipitang, Beaufort dan Papar itu disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata solidariti antara parti khususnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November ini.

Media Baharu