fb fb fb fb fb

Dua premis makanan ditutup dua minggu

Foto hiasan

KUALA NERUS, 30 April- Dua premis makanan di Kuala Nerus diarah tutup selama dua minggu kerana berada dalam keadaan kotor kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong.

Premis berkenaan diperintah tutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Kesalahan itu dikesan menerusi Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 2/2024 yang dilakukan ke atas 32 premis.

"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan juga undang-undang yang telah dikuatkuasakan bagi meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik serta langkah pencegahan awal daripada pendedahan penyakit," katanya kepada pemberita selepas operasi penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam peringkat negeri di sini.

Bagaimanapun kedai makan itu dibenar beroperasi semula selepas tindakan dikenakan.

Dalam pada itu 49 notis dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 membabitkan kompaun lebih RM9,500.

Satu kesalahan turut direkodkan bagi menggaji pekerja tiada suntikan vaksin typhoid serta gagal memastikan premis dalam keadaan bersih.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI