fb fb fb fb fb

Dua PPS di Pontian ditutup sepenuhnya

BATU PAHAT, 26 September- Dua buah Pusat Pemindahan Sementara, PPS di Pontian, Johor ditutup sepenuhnya.

PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong dan Pusat Kokurikulum Johor Sungai Tempayan yang dibuka sejak semalam ditutup tengah hari dan petang tadi.

Sehingga 8.00 malam tadi, seramai 225 penduduk terjejas daripada 58 keluarga masih ditempatkan di tiga buah PPS di daerah Batu Pahat.

Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Peserai dan Sekolah Agama Seri Bengkal yang dibuka semalam menempatkan 116 penduduk terjejas.

Sementara PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh mula dibuka pagi tadi, menempatkan 109 penduduk.

Tinjauan di PPS SK Peserai mendapati penduduk masih sabar menanti air surut di kediaman masing-masing.


(Foto hiasan)

Media Baharu