fb fb fb fb fb

Dua pelancong warga China maut dihempap pokok dan bongkah konkrit

Pasukan bomba sedang betungkus-lumus mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kenderaan

GEORGE TOWN, 18 September- Kegembiraan dua pelancong warganegara China bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut dihempap pokok tumbang dan bongkah konkrit di Lebuh Gereja, George Town, Pulau Pinang, petang tadi.

Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kuat dan ribut sejak beberapa hari di kawasan tersebut.

Pegawai Zon Daerah Timur Laut JBPM Pulau Pinang, Mohd Syafiq Noor Azman berkata, ketika tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati sebanyak tiga buah kereta telah dihempap.

Salah satu daripada kenderaan tersebut dinaiki oleh dua mangsa terbabit.
 
Menurutnya, mangsa berusia 50-an dan 30-an itu baru sahaja masuk ke dalam kenderaan sebelum insiden tersebut berlaku.
 
"Maklumat awal yang  kita terima kedua-dua mangsa baru sahaja masuk ke dalam  kereta dan hendak keluar dari bangunan. Mereka meletakkan kenderaan di dalam premis. Pemerhatian kita, pokok berkenaan melekat di  bangunan dan apabila pokok tu tumbang ia membawa sekali  bongkah konkrit dan hempap atas kereta, lebar pokok, kita anggarkan tiga pemeluk," katanya.

Laporan berkenaan kejadian diterima pukul 2.19 petang dan pasukan bomba tiba kurang 10 minit kemudian.
 
Operasi ditamatkan tiga jam kemudian.
 
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE