fb fb fb fb fb

Dua pegawai MAQIS Kelantan direman, kemuka tuntutan palsu

KOTA BHARU, 13 Oktober- Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan direman tujuh hari berhubung kes tuntutan palsu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Kedua-dua pegawai MAQIS terbabit, masing-masing berusia 44 tahun dan 55 tahun direman mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi siasatan lanjut.

Penahanan terhadap Pengarah dan bekas Timbalan Pengarah itu dipercayai kerana berpakat dengan pembekal bagi mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran muatan palsu berhubung pembekalan makanan haiwan kepada MAQIS negeri Kelantan pada Januari dan Mac tahun ini.

(Bekas Timbalan Pengarah MAQIS Kelantan direman selama
tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu)

Pengarah berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Negeri Kelantan semalam pada pukul 8.45 malam manakala bekas Timbalan Pengarah ditahan pada Selasa pukul 7.00 malam.

Sementera itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi pemberita mengesahkan mengenai penahanan reman dua pegawai terbabit.

Media Baharu