KOTA TINGGI, 23 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai khidmat pelanggan Rangkaian Interaktif Kerajaan (RILEK) Cawangan Kota Tinggi kira-kira pukul 9.00 malam tadi.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata suspek wanita berumur 23 dan 34 tahun itu, ditahan kerana disyaki menerima rasuah
"Siasatan awal mendapati suspek menerima rasuah daripada calon yang menghadiri ujian bahagian satu Berkomputer Lesen Memandu, sebagai balasan, untuk membantu calon lulus ujian itu," kata Azmi menerusi satu kenyataan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 ( A ) Akta SPRM 2009.
Tangkapan dijalankan hasil kerjasama sebuah syarikat konsesi aplikasi elektronik utama kerajaan.
SPRM dijangka akan menahan individu lain bagi membantu siasatan kes tersebut.
(Dua pegawai khidmat pelanggan RILEK Cawangan Kota Tinggi ditahan)