fb fb fb fb fb

Dua maut dalam kemalangan libatkan bas dan kereta

Keadaan bas selepas kemalangan

RANTAU PANJANG, 19 Januari- Dua maut dalam dalam kemalangan antara bas ekspres dan sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Gertak Anak Buaya, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, pada 4.57 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, penumpang kereta Nurul Suhaila Mohamad Othman, 23 tahun dan pemandu bas, Ayub Che Soh, 49 tahun meninggal di tempat kejadian.

Manakala pemandu kereta, Mohamad Tarmizi Ab Jamil, 28 tahun dilaporkan kritikal dan mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Pemandu kedua bas pula patah paha dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Lima penumpang yang berada di dalam bas selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurut Mohamad Tarmizi, sebelum kejadian, bas berkenaan dikatakan menghala ke arah Rantau Panjang manakala kereta terbabit dari arah bertentangan menuju ke Pasir Mas.

Sepuluh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang membantu mengeluarkan mangsa.

Katanya, pihak bomba terpaksa mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamatan hidrolik sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE