fb fb fb fb fb

Dua maut dalam insiden lori dan treler bertembung

Foto RTM

IPOH, 23 September - Dua pemandu lori maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 202 Lebuhraya WCE hala Selatan, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Razali Sahad, 48 tahun dan Allizat Narayi, 28 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori 5 tan membawa muatan barangan pejabat dan sebuah treler.

Lori tersebut dilaporkan telah melanggar bahagian belakang treler berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pemandu lori tersepit dan disahkan maut.

Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat khas, untuk mengeluarkan mangsa. 

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Trainee