fb fb fb fb fb

Dua mangsa terlibat tanah runtuh di penampang, seorang masih hilang

Kejadian tanah runtuh di Penampang

PENAMPANG, 11 September – Dua individu dilaporkan terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Sarapung, Penampang petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, seorang mangsa wanita berjaya dijumpai orang awam. Manakala seorang lagi, mangsa lelaki masih hilang dan usaha mencari serta menyelamat sedang dijalankan.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.10 petang.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama dua jentera dan sebuah bot penyelamat dikerahkan ke lokasi.

Bagaimanapun, operasi berdepan kesukaran berikutan laluan runtuh dan arus deras.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II (KUP) KUP Rayndo Taimin.

Sementara itu, Ketua BBP Penampang, PKPgB Zeno Tinggalan boleh dihubungi di talian 014-3510134 untuk maklumat lanjut.

JBPM memaklumkan perkembangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

ROSLINA BINTI DIN