fb fb fb fb fb

Dua lelaki hilang ketika mencari lokan, ditemukan selamat

FOTO JBPM SARAWAK

KOTA SAMARAHAN, 14 Mei- Dua pekerja sebuah syarikat pembinaan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari lokan di tapak projek di seberang jalan depan bangunan Pejabat Sains Samarahan Institut Latihan Perindustrian, Jalan Tanjong Bako/Samarahan di Kota Samarahan semalam, ditemukan selamat.

Kemas kini laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mereka ditemui oleh pasukan Mencari dan Menyelamat, SAR di seberang anak sungai dalam kawasan hutan paya pada pukul 11.40 pagi semalam.

Jarak kawasan penemuan dengan Pos Kawalan Bomba adalah kira-kira 1 kilometer.

Kawi Entinggi, 54 tahun dan Adi Alet, 42 tahun dipercayaai tidak dapat menyeberangi anak sungai berikutan air pasang.

Mereka juga tidak mengalami kecederaan dan hanya mengalami keletihan dibawa keluar dari kawasan hutan menggunakan bot pasukan SAR, sebelum dihantar ke Pusat Jantung Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan.

Operasi SAR ditamatkan pada pukul 1.00 tengah hari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE