fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan cuba ceroboh Istana Negara, mahu jumpa Agong

FOTO PDRM

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Dua lelaki warganegara tempatan berumur 29 tahun dan 37 tahun ditahan atas cubaan menceroboh Istana Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menerusi satu kenyataan berkata kejadian itu dimaklumkan oleh pengadu yang juga seorang anggota polis dan telah menahan sebuah kereta yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.40 petang, semalam, kedua-dua lelaki berkenaan cuba memasuki Istana Negara bertujuan berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif.

Kes disiasat bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut.

Justeru, pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE