fb fb fb fb fb

Dua kanak-kanak kritikal termakan keropok mengandungi racun tikus

Dua kanak-kanak lelaki yang juga adik-beradik masing-masing berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas termakan keropok segera yang mengandungi racun tikus

KULIM, 8 Julai - Dua kanak-kanak lelaki yang juga adik-beradik masing-masing berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas termakan keropok segera yang mengandungi racun tikus.
 
Kejadian berlaku di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendent Mohd Azizul Mohd Khairi berkata kejadian di sedari ibu mangsa kira-kira pukul 11 pagi selepas mendapati kedua-dua mereka muntah dan mulut berbuih.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa telah mengambil dan memakan satu paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar yang mengandungi racun bagi tujuan untuk memerangkap monyet,” Katanya menerusi kenyataan.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan.

Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut kira-kira pukul 7.30 malam.

Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta 611 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN