fb fb fb fb fb

Dua juta pekerja disasar sertai kesatuan sekerja

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di PICC/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Oktober- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyasarkan peningkatan bilangan pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja di Malaysia kepada dua juta orang.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata sasaran tersebut selaras dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan 2024) yang telah berkuat kuasa mulai 15 September lalu, yang melibatkan pemerkasaan kesatuan sekerja di negara ini.

"Sekarang kita ada satu juta orang ahli, kalau boleh kita tambah sehingga dua juta orang ahli, boleh atau tidak? yang cakap boleh. Ia harus ada, sebab saya melihat kesatuan ini sebagai satu wardah perjuangan pekerja.

"Adanya kesatuan kita kuat, setuju atau tidak? kuat kita kerana kesatuan, jadi kita harus memperkasakan", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi gambaran mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Pihaknya sedang berusaha untuk membentangkan RUU tersebut pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini bagi membela nasib dan memberi perlindungan kepada kumpulan itu.

ROSLINA BINTI DIN