fb fb fb fb fb

Dua ekor anjing gigit lima individu di Kuala Ketil

Foto fail

BALING, 1 April - Lima individu cedera selepas digigit dua ekor anjing dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil  awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Suprintendan Azmi Mokhtar berkata, pihaknya masih belum mengetahui tahap kecederaan yang dialami kesemua mangsa kerana mereka belum membuat laporan polis berikutan sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
 
"Polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi yang memaklumkan terdapat dua anjing berkeliaran dan menyerang beberapa individu di kawasan berkenaan.
 
"Beberapa anggota telah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan dan berjumpa pemilik anjing itu. Pemilik lelaki,69, tahun kemudiannya mengurung semula anjing-anjing berkenaan.," kata Azmi menerusi satu kenyataan.
 
Pemilik berkenaan juga diarahkan menyerahkan anjing berkenaan kepada pihak Veterinar Kulim untuk pemeriksaan dan dikuarantin.
 
Terdahulu, tular di media sosial yang memaparkan beberapa individu sedang dirawat dan dibawa menaiki ambulans selepas mengalami kecederaan akibat diserang dan digigit oleh dua anjing berwarna hitam.

TETITIA YUSOFF