fb fb fb fb fb

Dua ditahan susulan insiden gaduh selepas perlawanan bola sepak

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dalam kekecohan susulan pergaduhan yang tercetus membabitkan penyokong sejurus tamat perlawanan di antara Kuala Lumpur City (KL City) dan Selangor FC dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata, , kedua-dua suspek iaitu lelaki tempatan berusia 22 dan 23 tahun itu kemudian ditahan di lokap Balai Polis Salak Selatan, di sini untuk tindakan lanjut.

"Mahkamah hari ini membenarkan kedua-duanya direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tiga hari sehingga Isnin ini untuk melengkapkan siasatan.

"Pihak Polis Cheras memberi amaran keras agar orang ramai tidak terbabit dengan apa-apa kegiatan yang melanggar undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pergaduhan itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam, membabitkan sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak itu

"Sepasukan polis yang bertugas pada perlawanan itu bergegas ke lokasi pergaduhan untuk meleraikan keadaan yang sedang kecoh dan mengarahkan kesemua suspek untuk beredar.

"Bagaimanapun, dua daripadanya tidak mengendahkan arahan dan ditangkap kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.


T
 (Youtube Live Viral)

Dalam perlawanan dua pasukan Lembah Klang itu malam tadi, kedua-dua pasukan berkongsi satu sama selepas terikat dengan jaringan 3-3.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video berkaitan kejadian pergaduhan berkenaan di media sosial dengan antaranya menunjukkan ada pihak membaling mercun dalam insiden itu selain perlakuan provokasi.

Media Baharu