Dua cedera, kereta terbabas rempuh tiang lampu

SIBURAN, 19 Oktober- Dua individu berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu jalan di Batu 13, Jalan Kuching-Serian, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan BBP Siburan dikerahkan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.38 pagi.
  • Seorang wanita 28 tahun terperangkap, dikeluarkan oleh bomba dan diserahkan kepada petugas kesihatan.
  • Seorang lelaki 30 tahun keluar sendiri dan dibawa oleh pasukan EMRS untuk rawatan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.38 pagi.

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis sedan dengan seorang wanita berusia 28 tahun terperangkap di dalamnya dan kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan wanita itu dan menyerahkannya kepada petugas kesihatan untuk rawatan lanjut.

Seorang lelaki berusia 30 tahun pula berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum dibawa oleh pasukan EMRS untuk menerima rawatan.