fb fb fb fb fb

Draf pindaan Akta 588 dibentang ke Parlimen usai maklum balas kementerian & agensi

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 13 November- Draf pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah diedarkan kepada kementerian serta agensi.

Ia bertujuan mendapat ulasan daripada pihak berkaitan bagi menambah baik draf berkenaan sebelum dibentang ke Mesyuarat Kabinet.

"Draf pindaan Akta 588 sudah mendapat kelulusan AGC (Jabatan Peguam Negara) dan buat edaran pada kementerian dan agensi.

"Selepas dapat ulasan mereka kami berhasrat untuk bentang kepada jemaah menteri sebelum bentang ke Parlimen, kami akan buat libat urus bersama semua ahli Parlimen," kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr kelvin Yii Lee Wuen berhubung kajian memperkemas seksyen berkenaan di Dewan Rakyat.

Setakat 2024, beberapa sesi libat urus telah dijalankan oleh MCMC, antara lain termasuk cadangan berhubung pindaan kepada Seksyen 233.

Ia bagi memastikan skop dan penggunaan yang lebih jelas, sekali gus tidak disalahgunakan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE