KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebok rasmi Dr Mahathir.
Menerusi hantaran itu, turut disertakan dua keping gambar yang memaparkan Dr Mahathir sedang menulis dan menyemak beberapa fail di wad IJN pada Khamis.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 98 tahun itu pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Jan tahun lepas bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Jan 2022 namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Feb tahun yang sama.
Beliau sekali lagi ditahan di IJN selepas disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos tahun lepas dan dibenarkan keluar daripada institut itu pada 4 Sept 2022.
Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada IJN. - BERNAMA
ARTIKEL BERKAITAN:
Tun Dr Mahathir dibenar keluar IJN pagi tadi
Tun Dr Mahathir dibenar keluar dari IJN
Tun Dr Mahathir jalani beberapa prosedur pemeriksaan kesihatan - IJN
Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN
Tun Dr Mahathir terima suntikan vaksin COVID-19