fb fb fb fb fb

Dr Dzulkefly santuni kakitangan kesihatan di Hospital Ampang sempena Aidilfitri

Foto BERNAMA

AMPANG, 10 April- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengadakan lawatan mesra ke Hospital Ampang hari ini, bagi menyantuni petugas-petugas kesihatan yang bertugas pada Syawal pertama.

Beliau berkata ia bagi memberi suntikan semangat dan penghargaan buat mereka yang bersedia berkhidmat walaupun pada musim perayaan.

"Lawatan ramah mesra di hospital ini adalah satu yang kita buat secara tradisi pada hari pertama untuk kita santuni pekerja-pekerja, kakitangan kesihatan kita yang berkhidmat pada hari raya pertama."

Selain itu, saya juga sempat menyantuni pesakit-pesakit yang berada di wad," kata Dr. Dzulkefly kepada pemberita, hari ini.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di hospital tersebut sempena meraikan bulan Syawal.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM