fb fb fb fb fb

Dr Ahmad Jailani dilantik Pengerusi SPA untuk tiga tahun

Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus

PUTRAJAYA, 7 Jun- Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Ahmad Jailani mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Katanya beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatan awam antaranya Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ahmad Jailani memiliki Ijazah Kedoktoran dari Universiti Hiroshima, Jepun.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE