fb fb fb fb fb

Dos Penggalak: Lebih 11 juta populasi dewasa negara telah terima suntikan

PUTRAJAYA, 29 Januari - Sebanyak 11,710,970 individu atau 50% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan menerusi lawan COVIDNOW, sejumlah 178,567 dos vaksin diberikan semalam, meliputi 1,635 dos pertama, 2,573 dos kedua dan 174,359 lagi dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 63,284,490 dos termasuk jumlah penerima dos dos penggalak. 

Sementara itu, data sama menunjukkan sebanyak 22,923,144 individu atau 97.9%populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,787,267 individu atau 88.6% telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Sebanyak 12 kes kematian direkodkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Johor dan Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan masing-masing tiga kes, diikuti Pahang dan Sabah merekodkan masing-masing dua kes, manakala Melaka dan Selangor masing-masing satu kes.

Media Baharu