DOCM bantu promosi Malaysia ke pentas dunia

Foto RTM

SEPANG, 6 Februari – Kelab Pemilik Ducati Malaysia (DOCM) dilihat berpotensi besar dalam membantu mempromosikan pelancongan negara, khususnya menerusi penglibatan aktif mereka di peringkat antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • DOCM bantu promosikan imej dan jenama Tourism Malaysia melalui penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.
  • Kelab ini gabungkan sukan permotoran dengan pelancongan dan bertindak sebagai duta tidak rasmi Malaysia global.
  • MOTAC galakkan DOCM penganjur acara antarabangsa dan akan menilai cadangan geran bagi sokongan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pihaknya menghargai usaha kelab berkenaan yang bukan sahaja aktif di peringkat domestik, malah berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui pelbagai aktiviti konvoi dan program rentas sempadan.

Katanya, ia benar-benar membuktikan bahawa DOCM berdiri sebaris dengan kelab Ducati terbaik di peringkat antarabangsa.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada DOCM dalam usaha membawa imej Malaysia dan jenama Tourism Malaysia ke luar negara, terutama semasa penyertaan World Ducati Week (WDW) di Itali.

“Apa yang benar-benar membanggakan saya ialah DOCM merupakan antara kelab terbesar yang menghantar 100 peserta delegasi dari Malaysia merentasi ribuan kilometer untuk menyertai World Ducati Week (WDW) melibatkan perjalanan empat negara Eropah iaitu Itali, Switzerland, Jerman dan Austria,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Datuk Seri Tiong King Sing pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-9 bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 DOCM di sini, malam tadi.

Menurut Datuk Shaharuddin, DOCM mampu menggabungkan sukan permotoran dan pelancongan, selain berperanan sebagai duta tidak rasmi Malaysia di peringkat global.

Beliau turut menggalakkan kelab itu menganjurkan lebih banyak acara bertaraf antarabangsa di Malaysia yang berupaya mengukuhkan komuniti permotoran serta menarik kehadiran pelancong antarabangsa sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa MOTAC akan menilai cadangan penyaluran peruntukan kepada DOCM melalui geran yang disediakan kementerian itu.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan