fb fb fb fb fb

Dividen TH 2024 pencapaian cemerlang, membanggakan- Penganalisis Ekonomi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kemampuan Tabung Haji (TH) memberi pulangan dividen lebih baik untuk tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya, satu pencapaian yang cemerlang dan membanggakan.

Penganalis Ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata ini mengambil kira struktur simpanannya yang berbeza dengan pengurusan dana pelaburan lain kendalian syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Malah, TH tidak boleh disamakan dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB).

TH tidak fokus sepenuhnya kepada pelaburan semata-mata; memandangkan ia merupakan institusi yang diamanahkan menyimpan wang tunai rakyat Malaysia bagi tujuan mengerjakan Rukun Islam yang kelima.

"Diperkirakan fokus utamanya adalah untuk menyediakan dana yang mencukupi untuk para jemaah haji dan pelaburan ke atas simpanan jemaah ini juga amat membantu dalam membesarkan lagi simpanan mereka.

"Simpanan TH memberikan dividen setelah ditolak zakat simpanan dan zakat keuntungan. Ini tidak berlaku kepada pengurusan dana yang lain.

"Jadi di sini umat Islam pada masa sama untuk mengerjakan mendapatkan Rukun Islam kelima, pada masa sama juga iaitu turut memenuhi Rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat.

Terdahulu, TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM