Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina akan diumum dalam masa terdekat

Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Februari – Pemberian diskaun tol bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan mengumumkan diskaun tol bersempena cuti Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
  • Inisiatif bertujuan mengurangkan kos perjalanan bagi membantu rakyat pulang ke kampung halaman.
  • Butiran tentang kelas kenderaan dan kadar diskaun akan dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia mampu mengurangkan kos perjalanan sekali gus membantu rakyat mengatur jadual perjalanan ke kampung halaman sempena musim perayaan.

“Kementerian Kerja Raya akan membuat pengumuman berhubung pemberian diskaun tol sempena cuti Tahun Baharu Cina. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kos perjalanan rakyat, selain membantu orang ramai merancang tarikh dan waktu yang lebih sesuai untuk pulang ke kampung halaman.

“Butiran lanjut termasuk kelas kenderaan terlibat serta kadar diskaun tol akan dimaklumkan oleh kementerian dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.