fb fb fb fb fb

Didikan Tun Abdul Taib menjadi asas kepimpinan Premier Sarawak

Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 21 Februari- Pengalaman serta didikan daripada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud kekal menjadi asas kepada kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membentuk Sarawak kearah kemajuan kian pesat.

"Inilah khidmat Pehin Sri dan seperti orang Sarawak katakan, tidak 'lokek' (kedekut) memberi tujuk ajar daripada pengalaman beliau dalam mengurus negeri. Dia kongsikan pengalaman beliau dengan kami, kongsikan," katanya dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini.

Menurut Abang Johari ramai dalam kalangan barisan pemimpin Sarawak pada masa kini termasuk beliau pernah dididik semasa masih baru dalam karier politik masing-masing.

Pelbagai dasar-dasar kerajaan negeri diperkenalkan oleh Allahyarham ketika itu menjadi asas kepada dasar-dasar baharu masa kini yang diteruskan oleh Premier Sarawak.

Sepanjang perkhidmatan Allahyarham, beliau setiasa memberi penekanan terhadap keharmonian dan kesejahteraan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Premier Sarawak bersama-sama beberapa ahli kabinet negeri hadir ke KIA bagi menyambut ketibaan jenazah Allahyarham yang tiba pada pukul 4.26 petang dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI