fb fb fb fb fb

Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 23 Ahli Parlimen.

Ia antaranya memperuntukkan nilai penalti dinaikkan kepada kadar maksimum RM5,000.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika menggulung perbahasan berkata, jumlah RM5,000 yang diperuntukkan adalah had maksimum.

Kompaun sebenar dikenakan akan mengambil kira tahap keseriusan kesalahan supaya ia seimbang dan adil.

Tegas beliau, kadar kompaun itu bukan bertujuan menghukum tetapi sebagai satu bentuk didikan.

Langkah itu bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kesan terhadap masyarakat.

RUU itu juga katanya tidak hanya memastikan pencegahan dan kawalan lebih cekap dan berkesan, tetapi juga menjadi asas penguatkuasaan yang mantap untuk menghadapi sebarang wabak atau pandemik pada masa depan termasuk ancaman penyakit berjangkit baharu.

Mengulas isu penguatkuasaan, beliau berkata pegawai diberi kuasa ialah pegawai terlatih yang bertindak mengikut garis panduan penguatkuasaan.

Trainee