KUALA LUMPUR, 18 Disember- Dewan Negara hari ini menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, pelantikan tersebut diharap dapat meningkatkan kesejahteraan dan memacu pembangunan negeri di bawah bayu.
"Ahli berhormat dewan ingin merakamkan setinggi tahniah atas perlantikan Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman TYT Negeri Sabah berkuatkuasa 1 Januari 2025.
"Semoga pelantikan ini akan dapt memberi pembangunan kesejahteraan bagi Sabah dan kita ucapkan selamat berkhidmat," katanya.
Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah membacakan pemasyhuran tersebut sebelum memulakan persidangan hari ini.