fb fb fb fb fb

Daurah Hadis 40 Imam Nawawi, tenaga pengajar diberi penerangan dan dilatih

Foto FB Menteri

KANGAR, 10 Julai- Tenaga pengajar di setiap sekolah akan dilatih dan diberikan penerangan berkaitan Daurah Hadis 40 Imam Nawawi.

Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah menyediakan modul mengenainya bagi memudahkan ia disampaikan kepada pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Daurah Hadis 40 peringkat kebangsaan ini adalah kali pertama dilaksanakan manakala selepas ini akan dikembangkan ke peringkat lain termasuk pelajar.

"Hari ini kita kumpulkan jurulatih. Jadi yang akan datang, dia akan ada khalayak yang lain pula.Pelajar-pelajar kita, peringkat IPG, bakal-bakal guru dan sebagainya." Dia memperkaya dan kemudian berkongsi pandangan serta menambah baik."

"Di peringkat KPM, kita sudahpun siapkan modul itu. Modul untuk diajar ataupun dihayati oleh para guru kita untuk disampaikan kepada anak murid kita. Jadi, tujuan daurah ini adalah untuk memperkayakan sumber naratif dan jugak menambah baik kepada modul yang sedia ada," kata Fadhlina kepada pemberita.

Fadhlina ditemui selepas menghadiri DAURAH Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan di Kangar.

Sementara itu,Fadhlina berkata, KPM sedang memperincikan cadangan pemberian elaun kepada pelajar dan guru kanan Tingkatan Enam.

Ia susulan komitmen kementerian dan kerajaan untuk menaik taraf serta menjenamakan semula pelajar Tingkatan Enam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM