fb fb fb fb fb

Datuk Mohd Izhar Ahmad sah keluar BERSATU

FOTO FB MOHD IZHAR AHMAD

JOHOR BAHRU, 29 Januari - Seorang lagi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertindak keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Kali ini giliran Datuk Mohd Izhar Ahmad yang mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan di dalam BERSATU berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga bekas EXCO Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia turut membuat keputusan tidak mempertahankan kerusi DUN Larkin dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Johor, kali ini.

Keputusan diambil selepas mendapati parti yang disertai semakin hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya.

"Dengan ketiadaan saya, boleh beri peluang dan laluan mudah kepada anak-anak muda. Kita perlukan pembaharuan, biarlah kita beri generasi baru untuk mentadbir. Rang undang-undang 18 tahun pun sudah terpakai, maka mereka boleh jadi calon," kata Izhar kepada pemberita.

Tindakan beliau tersebut mengikut jejak bekas Ketua Parti Peribumi Bersatu (PPBM) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar parti, Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, beliau yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan, memenangi kerusi DUN Larkin dengan majoriti 8,590 undi mengalahkan calon BN dan PAS ketika itu.

 

Media Baharu