Datuk Fahmi ucap tahniah kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag

Mohd Ismail Ayob (kiri) dan Mohd Kurniawan Naim Moktar/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Januari – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah susulan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada kemenangan BN di PRK Kinabatangan dan DUN Lamag.
  • Beliau mendoakan Mohd Kurniawan dan Mohd Ismail melaksanakan amanah dengan dedikasi dan berkhidmat cemerlang.
  • Keputusan PRK mencatatkan kemenangan besar BN selepas kematian penyandang, Bung Moktar Radin.

Beliau menerusi hantaran Facebook mendoakan Mohd Kurniawan Naim Moktar dan Mohd Ismail Ayob melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi serta berkhidmat secara cemerlang.

“Saya doakan agar kedua-dua Ahli Parlimen dan ADUN yang baharu, iaitu saudara Mohd Kurniawan Naim Moktar dan saudara Mohd Ismail Ayob dapat berkhidmat dengan cemerlang demi rakyat dan negara,” menurut hantaran itu.

Pada PRK berkenaan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Mohd Kurniawan Naim meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.

Sementara itu bagi kerusi DUN Lamag Mohd Ismail Ayob memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Miha, mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati 1,588 undi.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan