fb fb fb fb fb

Awang Adek Hussin Pengerusi Eksekutif SC baharu

(Datuk Dr. Awang Adek Hussin/Foto fail)

KUALA LUMPUR, 28 April- Bekas Penolong Gabenor di Bank Negara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun ini hingga 31 Mei 2025.

Pelantikan ini adalah selaras seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498].

Kenyataan Kementerian Kewangan menyebut, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang telah menghantar surat perletakan jawatan.

“Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah menerima peletakan jawatan YBhg. Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission atau “SC”), yang akan berkuatkuasa pada 31 Mei 2022”, menurut kenyataan tersebut.

“Kementerian Kewangan turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan, serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.”

(Foto fail)

Datuk Dr. Awang Adek mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau juga adalah bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga NasionalBerhad, Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan KewanganPersisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ekonomi dari University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Media Baharu