fb fb fb fb fb

Datin Paduka Julie Sudiro meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital UiTM Puncak Alam, Selangor.

Seniwati itu dilapor mula menerima rawatan di ICU hospital berkenaan sejak bulan lalu.

Ia berikutan paras oksigennya menurun dan memerlukan bantuan pernafasan.

(Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital UiTM Puncak Alam, Selangor)

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya kira-kira 11.00 pagi sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.

Allahyarham Datin Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro; penyanyi popular era 60-an dan dikenali sebagai Diva Jazz tanah air serta negara jiran, Singapura.

Antara lagu-lagu hit yang dibawakan Allahyarham ialah Lambaian Kanda, Seruling Malam dan Bunga Sakti.

Media Baharu