fb fb fb fb fb

Dasar Wanita Negara beri tumpuan mangsa keganasan rumah tangga

Nancy Shukri / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Dasar Wanita Negara 2025-2030 memberi tumpuan kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia membantu membangunkan serta memberi kekuatan kepada mereka yang terkesan dan memerlukan.

"Tapi yang penting, kita mahu membantu wanita, terutama mereka yang terkesan oleh keganasan ini.

"Kes semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan kami juga memerlukan kerjasama daripada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran secara menyeluruh.

"Selain itu, aspek hukuman perlu ditegaskan lagi," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di sini.

Dasar yang dilancarkan hari ini itu merupakan kesinambungan kepada Dasar Wanita Negara yang digubal pada 1989.

Ia dilengkapi Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2040.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM