KUALA LUMPUR, 13 Januari-Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah akan di bentangkan ke parlimen pada Februari depan.
Penggubalan dasar tersebut mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah dalam usaha mengekang masalah keciciran pelajar di negara ini.
Menteri Pendidikan , Fadhlina Sidek berkata isu keciciran pelajar itu tidak akan berlaku apabila para pelajar diwajibkan sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia memang banyak kita sudah ada data. Kita ada juga beberapa program pendekatan oleh JPM.
"Tadi, Pengarah Wilayah juga dah beritahu semua tindakan-tindakan sudah dilaksanakan. Sebab itu saya ingatkan untuk sesi Parliman akan datang, satu lagi inisiatif dari KPM adalah untuk mengangkat dasar pendidikan wajib sekolah menengah.
"Jadi kita harap ini semua langkah-langkah yang dapat kita laksanakan", katanya demikian selepas menyampaikan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2025 di ibu negara.
Sementara itu, Fadhlina turut memaklumkan bahawa tiada lagi penetapan sebarang bank bagi memudahkan proses pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 ke akaun pelajar, ibu bapa atau penjaga yang sah.
Sebelum ini Kementerian Pendidikan menetapkan bantuan tersebut hanya akan dikreditkan melalui Bank Simpanan Nasional sebagai bank perantara.
Transaksi ini sangat penting khsusunya untuk memastikan bahawa proses dapat diberikan dengan cekap dan selamat.
"Maka kita sudah pun mencadangkan dan mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan ia dapat di teruskan dalam konteks pengurusan yang selamat dan cekap oleh sebab itu kita luaskan tahun ini.
"Kalau sebelum ni kita terhadkan kepada satu atau dua saja bank tahun ini. Kita buatkan perluasan. Jadi kredit itu boleh dimasukkan dalam mana-mana akaun", katanya.
Dalam pada itu, sebarang dakwaan berkait kertas peperiksaan SPM bocor; segera disiasat secara menyeluruh dan teliti.
Tegas Fadhlina , pihaknya tidak berkompromi dalam hal berkait integriti.
"Saya kena tegaskan semula bahawa isu dakwaan bocor ni tiap-tiap tahun ada dakwaan bocor ini.
"Tetapi dakwaan bocor ni kita siasat terus dan ia tidak memenuhi maksud bocor di bawah definisi Lembaga Peperiksaan sebab itu saya fikir dalam konteks bocor ini, ia sangat kritikal jika ada dakwaan mesti disiasat serta merta mesti di ambil tindakan serta merta.
"Siapa yang menyebar semua proses ini kita jalankan dengan sangat teliti", katanya.