fb fb fb fb fb

Dasar pemerkasaan bumiputera dijangka dibangunkan separuh pertama 2024

Rafizi Ramli

PUTRAJAYA, 29 Februari- Satu set dasar berkaitan pemerkasaan bumiputera dijangka akan dibangunkan sekitar bulan Mei atau Jun tahun ini, hasil aspirasi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, proses libat urus itu berlangsung diketuai wakil-wakil bukan kerajaan, dan turut digabungkan dengan pandangan pihak kerajaan.

"Insya-Allah kerajaan akan mengambil masa dalam dua, tiga bulan akan datang yang akan menjadi prosiding, perancangan dan pemantauan di peringkat majlis Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), dan ia akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

"Kita ada garis masa menjelang Mei atau Jun, kita sudah ada satu set dasar-dasar bumiputera yang khusus," katanya kepada media selepas Perasmian KEB 2024 di sini.

Dasar-dasar itu diharap dapat menghasilkan kumpulan kelas bumiputera yang positif, progresif dan inovatif, iaitu sejajar dengan tema KEB 2024.

Sementara itu di peringkat Kementerian Ekonomi, ia sedang membangunkan Akta Anti 'Ali Baba'.

"Tujuannya selain daripada kita menggalakkan dan hasrat itu akan dikupas dengan baik sepanjang KEB.

"Kerajaan juga memastikan bahawa ekosistem ke arah mewujudkan perkongsian pintar tulen. Dia paling penting bumiputera dan bukan bumiputera mampu bekerjasama," katanya kepada media selepas Perasmian KEB 2024 di sini.

Hasil dasar tersebut diharap dapat menghasilkan kumpulan kelas bumiputera yang positif, progresif dan inovatif.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI