fb fb fb fb fb

Dana awal KPU, Anwar ucap tahniah kepada penduduk

Foto FB Anwar Ibrahim

PERAK, 8 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas inisiatif Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) Chepor, para aktivis dan penduduk sekitar kawasan yang berjaya mengumpul dana awal KPU.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berharap Allah SWT memberi ganjaran di atas segala ikhtiar itu, sekali gus memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

"Sehubungan itu, saya turut umumkan bantuan awal sebanyak RM1 juta kepada program pembangunan institusi pendidikan ini yang membabitkan pembinaan prasekolah, Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah dan Madrasah Al-Hikmah (MADAH)," kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar turut menyentuh mengenai erti hijrah bersempena sambutan Maal Hijrah, semalam.

"Dalam suasana semangat sambutan Maal Hijrah, saya singgung kepentingan kita menghayati erti hijrah dengan bangun daripada kealpaan dan rasa selesa, melakukan pembaharuan dengan jiwa kental demi mempertahankan kebenaran," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM