fb fb fb fb fb

Dakwaan BPR tidak jalan siasatan, tidak benar - SPRM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kenyataan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan suruhanjaya itu tidak menjalankan siasatan terhadap perkara-perkara dibangkitkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM, Tun Dr Mahathir menyatakan perkara itu dalam sidang media bertarikh 22 Januari lalu.

"Berdasarkan rekod SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah membuka sebanyak enam kertas siasatan untuk menyiasat Datuk Seri Anwar susulan akuan bersumpah Datuk Abdul Murad yang telah dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.

"Siasatan telah dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan Bank Negara Malaysia termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun enam kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan Pejabat Peguam Negara telah memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.

SPRM turut menegaskan dakwaan tersebut tidak benar malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI