KUBANG PASU, 4 Disember- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada insiden berhubung dakwaan berlaku kebocoran data yang melibatkan kad pengenalan sebanyak 17 juta keping yang tular di media sosial.
Katanya Kementerian Dalam Negeri KDN telah meminta Jabatan Pendaftaran Negeri JPN dan bahagian keselamatan tekonologi maklumat menyiasat dakwaan tersebut.
"Saya telah meminta JPN dan bahagian keselamatan teknologi maklumat untuk menyiasat perkara ini. Setakat ini, tiada insiden kebocoran yang dilaporkan.
"Kerajaan memberi jaminan bahawa integriti data, terutama maklumat penduduk, sentiasa dijaga. Saya menyeru rakyat agar berhati-hati dengan penyebaran maklumat tidak sahih seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara PPS Sekolah Bukit Tinggi .
Terdapat laporan media mendakwa data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.
Pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.