fb fb fb fb fb

Dadah seberat 1,301 kilogram dilupuskan

PORT DICKSON, 21 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 1,301 kilogram, bernilai RM27 juta.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Khairul Anwar Bachok dadah berkenaan hasil rampasan yang dilakukan Zon Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Tanjung Sedili dan Zon Maritim Batu Pahat di Johor.

Maritim Malaysia menggunakan kaedah pelupusan dadah  secara pembakaran inkubator tanpa mencemarkan alam sekitar.

"Antara barang rampasan ialah ganja, heroin, morfin, methamphetamin dan ekstasi yang kita telah ditangkap dibawa secara rasmi ke mahkamah di proses kehakiman dan keputusannya adalah lupus, jadi kita lupuskan tidak boleh edar di mana-mana saja kita kena lupuskan dengan kualiti awam, seperti mana," kata Khairul Anwar, ketika ditemui pada Sidang Media Pelupusan Dadah bernilai lebih RM27 juta di Syarikat Kualiti Alam, Bukit Pelanduk Port Dickson.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa.

Dalam pada itu, pihak Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara khususnya di lokasi panas, penyeludupan dadah di laut.

(Pelupusan dadah secara pembakaran inkubator tanpa mencemarkan alam sekitar)

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi zon Kedah dan Perlis, tangkapan dibuat di sempadan perairan antara Kuala Perlis dan Satun, Thailand dengan dadah berkenaan dicampak ke laut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Kita percaya bahawa dadah ini bertujuan untuk dipasarkan ke negara kita dan destinasinya mungkin ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang, untuk kegunaan di zon utara," Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Malaysia, Romli Mustafa.

"Bagi negeri Johor dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran luar negara jadi Malaysia adalah untuk dadah ini dihantar ke negara jiran terutama Indonesia dan saya percaya destinasi terakhirnya adalah di negara yang mungkin negara-negara lain juga termasuk Australia," Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Malaysia, Nurul Hizam Zakaria.

Media Baharu