fb fb fb fb fb

Cuti Krismas : 6,300 tiket ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar habis terjual

Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suhaimi Yaacob

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Sebanyak 6,300 tiket perkhidmatan tren eletrik (ETS) tambahan bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar telah habis dijual dan mendapat sambutan yang mengalakkan.

Menurut Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suhaimi Yaacob, inisiatif dua tren tambahan itu adalah untuk memenuhi permintaan tinggi terhadap perkhidmatan yang selesa dan tambang yang berpatutan sempena Hari Natal dan cuti persekolahan.

"Alhamdulillah saya nak maklumkan yang semua tiket telah pun habis terjual walaupun dengan adanya tren tambahan ini.

"Bagaimanapun ini adalah untuk servis ETS Yang sudah sampai 80%. Pembelian adalah servis intensiti dan juga ETI ataupun Ekspres Timuran yang ke Pantai Timur," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan pek istimewa kepada para penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Komuter di Stesen KL Sentral bersempena sambutan Hari Natal yang akan disambut tidak lama lagi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Hari Krismas dan cuti sekolah.

Perkhidmatan tambahan itu telah beroperasi selama 10 hari bermula 20 Disember dengan penjualan tiket tren tambahan berkenaan telah dibuka sejak 25 November.

Tren tambahan tersebut menawarkan 630 tiket sehari, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,300 tiket yang merangkumi koc kelas perniagaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE