fb fb fb fb fb

Curi barang berharga dan pecah kenderaan, lelaki warga asing berjaya ditahan

JOHOR BAHRU, 29 Januari - Seorang lelaki warga asing berumur 43 tahun ditahan polis di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor, kelmarin dipercayai terlibat kes kecurian barang berharga dan pecah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan suspek ditahan selepas berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan petak parkir kenderaan.

"Hasil soal siasat mendapati suspek aktif melakukan kegiatan mencuri barang berharga di dalam kenderaan di sekitar kawasan tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya kepada media.

Suspek menggunakan modus operandi, memecahkan cermin kenderaan menggunakan palam pencucuh, dan menyasarkan barangan seperti komputer riba.

Suspek direman sehingga 4 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 

Media Baharu