fb fb fb fb fb

CUEPACS adakan pertemuan terakhir dengan kerajaan esok

(FOTO HIASAN)

KUANTAN, 25 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan rundingan terakhir dengan pihak kerajaan esok.

Ini bertujuan bagi memuktamadkan perkara yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata pertemuan itu diharap dapat memberi kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah di negara ini.

(Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat)

"Justeru itu, kami juga menyeru kepada anggota perkhidmatam awam di luar sana untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik.Walau apa pengumuman kerajaan kami tetap meneruskan perkhidmatan sepeti biasa.

"Kami tahu kerajaan ada kekangan dari segi kewangan, kami bukan begitu ekstrem, tuntutan ini sebaliknya melihat kepada konteks kebajikan yang ditunaikan oleh pihak kerajaan dan itulah harapan kami," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini.

Tambah Adnan, CUEPACS turut berharap Perdana Menteri dapat mengumumkan beberapa tuntutan, anatarnya kenaikan gaji minimum, elaun tambahan, pemberian dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan meminta kerajaan memperkenal sistem saraan baharu bagi penjawat awam.

Katanya, tuntutan itu wajar memandangkan penjawat awam berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19 selain membantu melicinkan pentadbiran kerajaan.

Media Baharu